CERAMAH KESELAMATAN

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Lumut, En Abd Rahman Shaari. Murid-murid Tahun 5 & 6 mendengar dengan penuh minat. Semoga menjadi pengajaran dan panduan di masa hadapan..





PENANDA BUKU & MELUKIS POSTER

Sempena Kem Membaca 1 Malaysia, hari ini anak-anak murid saya telah menghasilkan Penanda Buku Bersimpulan Bahasa.. Mereka juga melukis poster sempena Bulan Bahasa sekolah kami. Lihatlah gelagat ceria mereka..










Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

Suatu majlis ringkas telah diadakan sempena Bulan Bahasa Peringkat Sekolah. Pelbagai persembahan dibuat oleh murid-murid yang berani dan berkeyakinan diri... syabas!






BELAJAR BUAT BLOG (2)

Murid-murid saya belajar cara menambah 'gadjet' dalam blog mereka seperti ruangan sembang dan jam... Anda boleh melihat hasil kerja mereka di PAUTAN BLOG PELAJAR.

MEMBINA RAK GANTUNG KUNCI

Murid-murid saya hari ini diuji kemahiran membina rak gantung kunci... Hingar-bingar jadinya kelas sebab bunyi ketukan diaorang.. Nasib baik GB tak kat sekolah.. hahaa...











BELAJAR BUAT BLOG (1)


Hari ini saya mengajar kelas komputer tentang cara untuk membuka akaun gmail dan membina blog. Murid-murid saya Tahun 6 (2009) sungguh teruja untuk mempelajarinya... Penat juga la seharian melayan kerenah mereka tu.. adui hai..

Apapun, saya gembira kerana murid-murid saya semakin bijak dalam bidang ict. Bagus !