RANCANGAN KHAS NEGERI

Tahniah kepada Fatin Syazwani dan Mohd Iqbal kerana permohonan mereka ke Sekolah Rancangan Khas Negeri telah berjaya. Berikut adalah maklumat semakan permohonan..


KEPUTUSAN SBP HARI INI...

Hanya 2 orang pelajar telah berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2010. Pelajar-pelajar yang tidak berjaya bolehlah membuat rayuan secara online di sini atau berdoalah supaya mendapat tawaran lain seperti MRSM atau Sekolah Rancangan Khas.

Berikut adalah keputusan 2 orang pelajar tersebut :-

"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
Tarikh Daftar : 11 Januari 2010 (ISNIN)


Angka Giliran : AB0861011
Nama Calon : IQBAL ZHARIF B BUNAIM
Sekolah Asal : ABB1040 - SK METHODIST (ACS)
Nama Sekolah : SM SAINS SABAH
Aliran : SAINS
Alamat Sekolah : BEG BERKUNCI NO.116
Poskod : 88999
Bandar : KOTA KINABALU, SABAH
No. Tel. Sekolah : 088-246268




Angka Giliran : AB0861031
Nama Calon : NISA ADILLA BT ANUAR
Sekolah Asal : ABB1040 - SK METHODIST (ACS)
Nama Sekolah : KOLEJ TUNKU KURSHIAH
Aliran : SAINS
Alamat Sekolah : JLN TUNKU KURSHIAH
Poskod : 70400
Bandar : SEREMBAN, N.SEMBILAN
No. Tel. Sekolah : 06-7625351


KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari ini seperti biasa setiap tahun, hati saya berdebar-debar kerana menunggu keputusan UPSR. Beberapa pelajar saya juga nampak risau dengan berita yang akan diterima samada gembira atau duka. Air mata tiba-tiba jatuh berderai tatkala menatap slip keputusan tersebut didepan mata. Rasa penat lelah saya selama setahun mendidik mereka, hilang dalam kegembiraan... Seramai 12 orang pelajar berjaya dengan pencapaian 5A. Seorang calon tumpang juga mendapat 5A. Manakala 3 orang lagi mendapat 4A 1B dan seorang mendapat 4A 1C. Suatu pencapaian cemerlang dan terbaik bagi SK Methodist (ACS) Lumut setakat ini. Malah, bagi mata pelajaran Matematik yang saya ajar juga mencatatkan 20 orang pelajar mendapat A. Tahniah buat semua pelajar berkenaan dan semoga anda mendapat tawaran ke sekolah menengah yang terbaik juga. Bagi pelajar-pelajar saya yang lain, jangan lah berputus asa kerana anda masih berpeluang menunjukkan kemampuan anda semasa di sekolah menengah nanti ok.

PARA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 5A
(seorang pelajar tiada di dalam gambar kerana telah berpindah ke Sabah)



PARA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 4A

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

Jamuan yang telah diadakan pada 17hb Nov yang lalu sangat mewah dengan juadah. Para pelajar dihidangkan dengan menu seperti nasi beriani, buah-buahan, puding dan kek, dadih, ayam goreng (kfc), air oren, aiskrim dan goodies. Banyak juga hadiah diberi kepada pemenang-pemenang acara dan aktiviti semasa program selepas UPSR dijalankan. Tahniah kepada semua pelajar tersebut dan salam perpisahan buat semua pelajar tahun 6 yang saya sayangi..








HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Pada 12hb November yang lalu, kami telah mengadakan majlis rutin setiap tahun iaitu Hari Anugerah Cemerlang (HAC) bagi menyampaikan hadiah/cenderamata/sijil kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2009 ini. Majlis tersebut sepatutnya diadakan di Teluk Batik Resort (hotel), malangnya terpaksa dipinda lokasi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Syukur Alhamdulillah kerana biarpun diadakan di dewan terbuka sekolah, namun ianya berlangsung dengan sangat lancar dan penuh ceria.. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan kekalkan prestasi tersebut sehingga tua... :)








Hari Kokurikulum

Dua hari anak-anak murid saya berkampung kat sekolah sebab ada program Khemah Ibadah dan Hari Kokurikulum pada 30hb dan 31hb Oktober... Seronok nampaknya mereka walaupun beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan kerana cuaca tak mengizinkan. Anyway, saya lg suka kalau tgk mereka berkhemah... :)

CERAMAH KESELAMATAN

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Lumut, En Abd Rahman Shaari. Murid-murid Tahun 5 & 6 mendengar dengan penuh minat. Semoga menjadi pengajaran dan panduan di masa hadapan..