KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari ini seperti biasa setiap tahun, hati saya berdebar-debar kerana menunggu keputusan UPSR. Beberapa pelajar saya juga nampak risau dengan berita yang akan diterima samada gembira atau duka. Air mata tiba-tiba jatuh berderai tatkala menatap slip keputusan tersebut didepan mata. Rasa penat lelah saya selama setahun mendidik mereka, hilang dalam kegembiraan... Seramai 12 orang pelajar berjaya dengan pencapaian 5A. Seorang calon tumpang juga mendapat 5A. Manakala 3 orang lagi mendapat 4A 1B dan seorang mendapat 4A 1C. Suatu pencapaian cemerlang dan terbaik bagi SK Methodist (ACS) Lumut setakat ini. Malah, bagi mata pelajaran Matematik yang saya ajar juga mencatatkan 20 orang pelajar mendapat A. Tahniah buat semua pelajar berkenaan dan semoga anda mendapat tawaran ke sekolah menengah yang terbaik juga. Bagi pelajar-pelajar saya yang lain, jangan lah berputus asa kerana anda masih berpeluang menunjukkan kemampuan anda semasa di sekolah menengah nanti ok.

PARA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 5A
(seorang pelajar tiada di dalam gambar kerana telah berpindah ke Sabah)



PARA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 4A
0 Responses